credits to pic's owner. Ubah cara berfikir. Pandang buruk sendiri dahulu, siapa lah diri ini untuk menghakimi sesama sendiri? Hanya sekadar mereka berbeza dalam melakukan dosa berbanding diri sendiri. Dia mungkin tak bertudung, tapi mungkin dia solat 5 waktu.. diri mungkin bertudung, tapi imbas kembali diri adakah solat 5 waktu itu tertunai? Adakah mulut hati tak pernah mengata? Wahai diri.. kawal lah diri kau dari menilai seseorang dengan hanya rupa. Tak semua org bertudung itu baik.. aku tak kata mereka jahat, tapi tak semua orang itu sifatnya pemikirannya sama. Ingat. Kita diasuh, dibesarkan dari persekitaran yang berbeza. Bimbing dia seandainya dia tersasar dari landasan. Bukannya caci maki ckp blkg gossip tentang keburukkannya. Sedangkan keburukkan sendiri tak pernah nak baiki. #Muhasabah diri.
Aku tak tahu kenapa malam ni fikiran aku banyak fikir.. Aku tak tahu kenapa emosi aku malam ni suram .. Aku mungkin tahu dan mungkin menafikan kenyataan.. Aku ingin berubah kepada a better me... tapi aku merasakan perubahan aku ini mungkin menjadikan aku seorang yang hipokrit. Berpakaian serba santun , sopan tapi di belakang melakukan perkara perkara yang tidak mencerminkan keperibadian seorang muslimah yang baik sebaiknya. Kadang meninggalkan solat. Kadang leka dengan dunia. LUPA kepada pencipta. Iman turun naik. Emosi melanda diri di malam hari.. Teringin saja aku meluangkan masa aku ambil angin kat luar di bawah ratusan bintang .. tapi buat malam ini bintang tidak kelihatan dan dilindungi oleh sekumpulan awan. Aku cuma takut. Aku memang penakut. Tapi lupa akan takut kepada tuhan. Aku sering kali menganggap diri aku ini menjijikkan.. Everyone have a story they won't tell. Everyone have a past they've buried inside and don't want to be spoken again.. ...