![]() |
| credits to pic's owner. |
Ubah cara berfikir. Pandang buruk sendiri dahulu, siapa lah diri ini untuk menghakimi sesama sendiri?
Hanya sekadar mereka berbeza dalam melakukan dosa berbanding diri sendiri. Dia mungkin tak bertudung, tapi mungkin dia solat 5 waktu.. diri mungkin bertudung, tapi imbas kembali diri adakah solat 5 waktu itu tertunai? Adakah mulut hati tak pernah mengata? Wahai diri.. kawal lah diri kau dari menilai seseorang dengan hanya rupa. Tak semua org bertudung itu baik.. aku tak kata mereka jahat, tapi tak semua orang itu sifatnya pemikirannya sama. Ingat. Kita diasuh, dibesarkan dari persekitaran yang berbeza.
Bimbing dia seandainya dia tersasar dari landasan. Bukannya caci maki ckp blkg gossip tentang keburukkannya. Sedangkan keburukkan sendiri tak pernah nak baiki.
#Muhasabah diri.

Comments
Post a Comment